This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Thursday, August 27, 2009

Sesungguhnya aku Berpuasa

Diriwayatka oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah telah bersabda yang maksudnya.:

"Puasa itu perisai.Apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah berkata perkataan kotor atau sia-sia.Jika ada orang yang menyerang atau mencela maka katakanlah: "Aku berpuasa,aku berpuasa".


Ibnu al-Qayyim menyebutkan di dalam Zad al-Maad.:
"seseorang yang berpuasa tidak melakukan tetapi meninggalkan kerana memperhambakan diri.Ia meninggalkan kekaan nafsu dan kelazatannya kerana mengutamakan kasih Alah dan keredhaannya !!!.
Puasa memelaihara kesihatan hati dan anngota badan,serta mengembalikan kepadanya segala yang telah dirampas oleh nafsu syahwat"


Apabila seseorang sedang berpuasa ia meningglkan kesukaan nafsu dan kelazatannya.Ia meninggalkan perkara yang harus dan bukan haram kerana kecintaannya kepada Allah maka bagaimana dengan yang makruh dan haram,bukankah ianya lebih utama untuk ditinggalkan???

Saya kira kalian tersentak dengan kata-kata tersebut.

Kalian berkata dengan diri sendiri."perkara yang haram"?

Adakah kita telah melakukan yang haram pada bulan lain dan kita tinggalkan di bulan Ramadhan?Maka ambil perhatian tentang perkara ini.Ia merupakan risalah untuk anda dan sampaikanlah kepada ahli keluarga seluruhnya.

Rasulullah SA.W menamakan bulan Ramadhan dengan "sabar".Baginda juga menyatakan bahawa puasa itu separuh sabar,dan iman itu separuhnya sabar.Secara ringkas kita dapati bahawa"puasa itu seperempat iman".Maka puasa yang menjadi seperempat iman dan separuh sabar adalah perkara lain selain meninggalkan makan dan minum dan syahwat kemaluan.

Ada dikatakan bahawa puasa ada 3 jenis:

  1. Sabar mentaati Allah.


  2. Sabar dari maksiat dan perkara yang diharamkan Allah.


  3. Sabar dari takdir yang menyakitkan.

Dan di dalam puasa ada 3 jenis kesabaran iaitu:

  1. Sabar mentaati Allah ketika memrintah.


  2. Sabar dari segala syahwat yang diharamkan.


  3. Sabar dari derita lapar dan dahaga.
*mudah-mudahan dengan sedikit perisian ini...kita dapat memperbaiki segala perbuatan kita kepada tahap yang betul-betul diredhai Allah(lebih baik).Insya Allah...AMIN...



Monday, August 24, 2009

Bila Kamu Menghadapi Kesulitan Memohonlah kepada Allah

Bila urusan menghimpit kamu
Maka berfikirlah tentang penderitaan yang telah lalu,
Pasti dada akan terasa lapang.
Ibnu Al-Jauzi berkata:
"Suatu urusan yang menghimpitku membuatku galau dan gelisah berlarut-larut.Aku terus berfikir mencari solusi dari kegalauan itu dengan segala cara dan berbagai usaha.Tapi aku tidak menemukan satu solusi pun untuk keluar darinya,hingga ada sebuah ayat yang menawarkan kepadaku,ayat itu adalah:

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan
mengadakan baginya jalan keluar."
(At-Thalaq[65]:2)


"Kemudian,aku pun menyedari bahawa jalan satu-satunya untuk keluar dari segala kegalauan adalah dengan meraih jalan ketaqwaan.Nmun,tidak berapa lama ketika aku hendak mewujudkan ketaqwaan itu,aku pun menemukan jalan keluar.

Kami ingin mengatakan,bahwa ketaqwaan menurut orang-orang yang berakal merupakan pembuka bagi setiap kebaikan.Tidak akan pernah menimpa satu hukuman melainkan disebabkan oleh suatu dosa,dan tidak akan dihalau hukuman itu melainkan oleh taubat.

Jadi,masalah kepenatan,kesedihan,dan kegalauan terjadi sebagai balasan atas perbuatan-perbuatan yang kita lakukan,seperti kita mensia-siakan solat,meremehkan urusan hijab dan aurat,atau melakukan perbuatan yang haram,

Sesungguhnya,orang-orang yang menentang jalan Allah mesti membayar harga penentangannya itu,atau membayar kuitansi kekurangannya dengan melakukan ketaatan.Yang menciptakan kebahagiaan itu adalah Allah Yanh Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Bagaimana anda memohon kebahagiaan dari selain Allah?Seandainya setiap orang memiliki ketaatan,maka di bumi ini tidak akan tersisa lagi orang-orang yang sedih dan sengsara....

Ingatlah akan Hati yang Terluka dan Air Mata yang Membasahi Pipi

bukankah kau telah menyaksikan
bahawa malam telah sempurna kegelapannya,
kemudian datanglah pagi dengan sinarnya yang cerah !

seorang penyair berkata,
"Bila kamu mengetahui bahawa kamu telah bersumpah demi waktu di mana kamu akan mendapatkan segala urusan di setiap masa ynag kamu lalui.Lalu ia juga telah bersumpah akan memberikan apa pun yang kamu sukai,maka pantas saja kamu bersedih jikan kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai.Bila kamu menyedari perilaku hari ini tentang pemberian dan penolakannya,pengambilan dan pengembaliannya,bahawasanya ia tidak pernah tidur memberikan anugerahnya,walaupun kamu berulangkali memintanya.Itulah aturan dan perilaku yang sama rata bagi settiap anak Adam,baik yang berada di gubuk,baik orang yang berjalan dengan kasut di atas permaidani ataupun orang yang tidur di atas debu.Maka,janganlah kamu bersedih dan hapuslah air maa kamu.Kerana bukannya kamu yang pertama kali terkena dampak panah zaman yang beracun,dan musibah atas diri kmau bukanlah yang pertama terjadi dan terekam dalam daftar musibah dan penderitaan."
Allah S.W.T berfirman:
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akn masuk syurga,padahal belum datang
kepadamu (dugaan)sebagaimana halnya orag-orang terdahulu sebelum kamu?"
(Al-Baqarah[2]:214)

Ramadhan Al-Mubarak

assalamulaikum.....pembuka bicara..untuk saya meneruskan coretan saya pada hari ini....

Di bulan ramadhan inilah masenye untuk kita berubah daripada yang baik kepada yang lebih baik.....

Aku merinduimu
Kini kau kembali
Betapa girangnya hatiku
Menyambut kedatanganmu
Masih ku ingat tragedi lepas
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan
Sebaknya dada melihat kau pergi
Aku menangis
Aku merintih
Tidak terdaya ku menghentikanmu
Dari pergi dariku
Andai diberi pilihan
Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya

Kini kau kembali
Membawa sejuta harapan
Menyinari diriku
Menerangi hatiku
Dengan keteguhan iman
Yang tiada bandingan
Kaulah harapanku
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka
Semoga diriku
Akan lebih berbahagia di bulanmu, RAMADHAN.........

''Ahlan ya Ramadhan,Kullu 'amin wa antum bikhair'.....

hanya ketaqwaan kepada Allah menjadi matlamat dalam meniti madrasah Ramadhan, moga disusuli dengan keikhlasan dalam amal.....

Ramadhan,....perjuanganku menggapai solehah.. baru bermula,pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu selama mana nafas masih menjadi milikku...

Ya Allah,izinkan kami iltizam dengan qiamullail,puasa kami sempurna dengan rukun dan sunnahnya,temukan kami dengan LAILATUL QADAR.....AMIN....

"RAMADHAN KARIM....ALLAHUAKRAM!"

Saturday, August 8, 2009

SMIH TITIAN JIHAD KAMI..

ASSALAMUALAIKUM
Bismillahirrahmanirrahim.....
pembuka bicara pada malam ini...yang sungguh nyaman....nan indaah begitu....
bersyukur kita kepada Allah kerana diberi peluang utk bersua di madah internet ini... moga Allah satukan hati kita utk. terus thabat di jalanNya...insyaAllah...

Hmmm... tahun ni dah nak dekat dua tahun ana menuntut ilmu di SMIH..tp,apa yang ana dah buat utk. SMIH dan ISLAM itu sendiri....Ayuhlah sadiqi!!muhasabahlah dirimu...apa yang kau dah buat untuk ISLAM...

Tahun pertama ana di SMIH , ana merasakan 1 bi'ah yang ana tak dapat rasakan di tempat lain.. budaya ana nt,salam,amar makruf nahi munkar,dan ghaddul basor.. Ya Allah , ana rindu saat itu!saat sekolah seperti di madrasah Rasulullah... tapi.... bi'ah itu makin hari makin hilang di mataku!!!

tapi sedarkah kita semua....pancarian itu akan lebih bermakna jika kita semua...bergerak bersama dalam satu jemaah yang kukuh demi menggapai mardhatillah....YA Allah,andai ditakdirkan kami adalah pewaris-pewaris pejuang yang telah KAU ambil nyawa mereka sebagai SYUHADA'....akan aku laksanakan tugasku sebagai khalifah FI ARDHILLAH.....

Tahun demi tahun... ana merasakan bahwa sudah tibalah masanya untuk kita sama-sama bangkit dari terlena di alam nafsu...bergerak menuju WIHDATULFIKRAH!!iaitu fikrah yang satu (islam itu sendiri)...

1924!!! Tahun paling pahit buat kita ...Islam secara rasmi telah jatuh di tangan YAHUDI LAKNATULLAH!!!

Ayuh! sama-samalah kita menegakkan kalimah LAAILAHAILLALLAH!!yang telah dipijak oleh orang kafir!!sanggupkah kita melihat orang kafir melemparkan secebis senyuman kepada maruah ISLAM yang tercalar!! fikirkanlah ....kemenangan ISLAM itu pasti akan terjadi!!

TETAPI,KITALAH YANG MENENTUKAN CEPAT ATAU LAMBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ayuh..lah para mujahid!! ayuhlah para mujahidah!! kita tinggalkan zaman fitnah...agar tertegak kalimah ALLAH..dan agar terbangun DUNIA BARU ISLAM!!!!!!!!!!!






Thursday, August 6, 2009

BiCaRa CINTA

Jika Aku Jatuh Hati

Monday, August 3, 2009

teringat pada zaman itu!!!

Assalamualaikum..W.B.T
Nak tanya...Apa itu SAN???
nak tahu SAN TU APE.....
san tu ialah Sahabat Adalah Nikmat....

<<<fikir masa hadapan>>>

Ya Allah,kenapa tibe-tibe je rase rindu pade mereka....
adakah mungkin sebab aku dah lama tak berjumpa dengan mereka....
sesugguhnya....aku sangat rindu dengan suasana ni.......

Ya Allah,lindungilah mereka,walaupun di mana mereka barada.....
jadikanlah kami....sebuah persahabatan...yang kekal abadi hingga ke syurga....
sesungguhnya...ana sayang kat antunna....


Ketika mula bertemu terasa bagai telah lama bersua kau sambut hulur tanganku bertegur sapa penuh mesra…..
Masa terus berlalu dan kita tetap seiringan berjalan…menempuh onak liku,lalui semua suka dan duka….bersama…..
Biarlah apapun rahsia….dan kelemahan mu…engkau tetap temanku…..
Riangnya saat kita ketawa…asyik senda dan bercerita…walau sesekali pandangan kita berbeza angannya tetap serupa…..
Adakalanya kita juga saling terluka,namun diakhirnya…kita tetap bersama…..
Dan kini…dipisahkan,dua benua,saling mengejar cita….tak pernah kulupakan….detik yang indah bersamamu…temanku….
Ku pasti suatu masa,engkau dan aku…kan bertemu semula….kembali menjalinkan detik nan indah untuk kenangan…bersama….
(tetapkan bersama….bersama….)

UHIBBUKUMFILLAH ABADAN ABADA !!!!