This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Monday, August 24, 2009

Ingatlah akan Hati yang Terluka dan Air Mata yang Membasahi Pipi

bukankah kau telah menyaksikan
bahawa malam telah sempurna kegelapannya,
kemudian datanglah pagi dengan sinarnya yang cerah !

seorang penyair berkata,
"Bila kamu mengetahui bahawa kamu telah bersumpah demi waktu di mana kamu akan mendapatkan segala urusan di setiap masa ynag kamu lalui.Lalu ia juga telah bersumpah akan memberikan apa pun yang kamu sukai,maka pantas saja kamu bersedih jikan kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai.Bila kamu menyedari perilaku hari ini tentang pemberian dan penolakannya,pengambilan dan pengembaliannya,bahawasanya ia tidak pernah tidur memberikan anugerahnya,walaupun kamu berulangkali memintanya.Itulah aturan dan perilaku yang sama rata bagi settiap anak Adam,baik yang berada di gubuk,baik orang yang berjalan dengan kasut di atas permaidani ataupun orang yang tidur di atas debu.Maka,janganlah kamu bersedih dan hapuslah air maa kamu.Kerana bukannya kamu yang pertama kali terkena dampak panah zaman yang beracun,dan musibah atas diri kmau bukanlah yang pertama terjadi dan terekam dalam daftar musibah dan penderitaan."
Allah S.W.T berfirman:
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akn masuk syurga,padahal belum datang
kepadamu (dugaan)sebagaimana halnya orag-orang terdahulu sebelum kamu?"
(Al-Baqarah[2]:214)

0 comments:

Post a Comment