This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Thursday, August 27, 2009

Sesungguhnya aku Berpuasa

Diriwayatka oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah telah bersabda yang maksudnya.:

"Puasa itu perisai.Apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah berkata perkataan kotor atau sia-sia.Jika ada orang yang menyerang atau mencela maka katakanlah: "Aku berpuasa,aku berpuasa".


Ibnu al-Qayyim menyebutkan di dalam Zad al-Maad.:
"seseorang yang berpuasa tidak melakukan tetapi meninggalkan kerana memperhambakan diri.Ia meninggalkan kekaan nafsu dan kelazatannya kerana mengutamakan kasih Alah dan keredhaannya !!!.
Puasa memelaihara kesihatan hati dan anngota badan,serta mengembalikan kepadanya segala yang telah dirampas oleh nafsu syahwat"


Apabila seseorang sedang berpuasa ia meningglkan kesukaan nafsu dan kelazatannya.Ia meninggalkan perkara yang harus dan bukan haram kerana kecintaannya kepada Allah maka bagaimana dengan yang makruh dan haram,bukankah ianya lebih utama untuk ditinggalkan???

Saya kira kalian tersentak dengan kata-kata tersebut.

Kalian berkata dengan diri sendiri."perkara yang haram"?

Adakah kita telah melakukan yang haram pada bulan lain dan kita tinggalkan di bulan Ramadhan?Maka ambil perhatian tentang perkara ini.Ia merupakan risalah untuk anda dan sampaikanlah kepada ahli keluarga seluruhnya.

Rasulullah SA.W menamakan bulan Ramadhan dengan "sabar".Baginda juga menyatakan bahawa puasa itu separuh sabar,dan iman itu separuhnya sabar.Secara ringkas kita dapati bahawa"puasa itu seperempat iman".Maka puasa yang menjadi seperempat iman dan separuh sabar adalah perkara lain selain meninggalkan makan dan minum dan syahwat kemaluan.

Ada dikatakan bahawa puasa ada 3 jenis:

  1. Sabar mentaati Allah.


  2. Sabar dari maksiat dan perkara yang diharamkan Allah.


  3. Sabar dari takdir yang menyakitkan.

Dan di dalam puasa ada 3 jenis kesabaran iaitu:

  1. Sabar mentaati Allah ketika memrintah.


  2. Sabar dari segala syahwat yang diharamkan.


  3. Sabar dari derita lapar dan dahaga.
*mudah-mudahan dengan sedikit perisian ini...kita dapat memperbaiki segala perbuatan kita kepada tahap yang betul-betul diredhai Allah(lebih baik).Insya Allah...AMIN...



0 comments:

Post a Comment