This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Thursday, December 23, 2010

Ku Redha

Dengan bismillah ku bermula,
bingkisan hati buatmu teman,
yang dikasihi...

"Ku biar kalam berbicara,menghurai maksudnya di jiwa,agar mudah ku mengerti,segala yang terjadi,sudah suratan Illahi....

Ku biarkan pena menulis,meluahkan hasrat di hati,moga terubat segala keresahan di jiwa,tak pernah ku ingini.."
Bermulalah sebuah kisah....

Di Musolla sekolah , sedang duduk berhalaqah bersama adik-adik...tiba-tiba datang seorang sahabat menyapa lalu berbisik di telinga ku.."Sumayyah..nanti kejap lagi ,jumpa dengan ana sekejap heh...ada benda nak cakap!!"ana yang sebentar tadi mendengar,bagaikan terpinga-pinga.."kenapa dia nak jumpa degan aku,apa aku ada buat salah dengan dia ker??"...monolog hatiku bersuara...
Ana melihat pemandangan dari luar jendela tingkap..awan kelihatan mendung..menandakan hujan akan turun...tersedar ana dari mengelamun..bila seorang sahabat ana menyapa.."Sumayyah..jom ikut ana sekejap"..."Oh anti,ingatkan siapa la tadi...,eh,tadi bukan ke anti suruh ana jumpa dengan anti ...lepastu,kenapa anti nak suruh ana ikut anti???..sepatutnya ana yang kene jumpa nti kan??"..ana masih tertanya-tanya..lalu dia pun jawab.."hermm..tak apalah yang tu anti abaikan je,sekarang ana nak bawa nti kat satu tempat ni.."...akhirnya pertanyaan ku tadi..terjawab juga oleh si dia.."baiklah,ana ikut je..."
Hatiku mula berdebar..sepanjang perjalanan ke destinasi yang hendak dituju,mulutku tidak mampu melafazkan apa2 kalimah sekalipun..yang mampu hanyalah..selawat kepada Nya!!..
Alhamdulillah..akhirnya sampai juga ke tempat destinasi....rupa-rupanya,tempat itu hanyalah di sebuah kelas yang terletak di hujung benua...sesampai sahaja..tetiba sudah ada orang dari dalam kelas itu mempelawa ku duduk.."sumayyah jemputlah duduk"...kedudukan yang seperti halaqah itu,membuatkan ku lagi keliru dan tertanya-tanya..apakah semua ini???

Suasana di dalam kelas itu tiba-tiba menjadi tenang dengan kehadiran hujan yang renyai dan kewujudan 2 orang kakak senior dan 2 orang lagi sahabat yang tersipu-sipu snyumannya dari jauh...ana masih tak dapat nak 'tangkap'..apakah semua ini???
Lalu halaqah itu bermula dengan suara sayu dari seorang kakak A..."Assalamualaikum adik-adik semua,apa khabar 'IMAN' antunna semua??"...kami ber3..menjawab"wa'alaikumsalam..alhamdulillah..Insya Allah baik-baik sahaja...".

Entah bagaimana,tetiba pada waktu itu kami membuka topik mengenai SAHABAT...sebenarnya,apa yang nak dismapaikan di sini adalah...melalui halqah inilah,baru ana tau apa erti persahabatan!!!

Teringat ana pada kata-kata kakak A,"masa nilah antunna kena saling kuat-menguatkan sahabat antunna,nanti tahun depan ,belum tentu antunna akan dapat merasai kemanisan ukhuwah ni lagi "...

Tiba-tiba hatiku tersentak.."Ya Allah,jangan Kau pisahkan kami..kalau mereka tak ada,siapa lagi yang akan menguatkan ku Ya Allah!!"....

Sahabat,terima kasih atas pengorbananmu selama ni...antunna dah banyak mengajar ana erti persahabatan....tatkala ana jatuh dan futur di jalan Nya....antunna lah yang membangkitkan semangat ana....

Seandainya..Allah telah takdirkan kita berpisah di sini...jangan antunna lupa akan matlamat ukhuwah kita yer....ana tak sangup nak berpisah dengan antunna semua...tapi Allah dah letakkan yang terbaik untuk hamba-hambanya,,jadi ana pasrah dan redha...!!

Untuk tahun yang akan datang,antunna selalu-selalulah..tegur ana,bagi kata semangat,dan tunjuk ajar pada ana yang mana ana rasa ana tak tau heh!!!ana nak antunna tau satu perkara....

Ana sayang antunna kerana Allah!!!


khas untukmu sahabat:

Sahabat,

Hulurkanlah tangan antunna ketika ana terjatuh,

Pimpinlah tangan ana bila ana tersesat,

Hamparkanlah bahu antunna saat ana berduka,

Peluklah ana bila ana berjaya.

Sahabat,

Ana harap antunna selalu ada,

saat ana memerlukan antunna,

saat suka dan duka menjenguk jiwa ana ,

Saat ana hilang tempat berpaut,

dan saat itu ana harap antunna hulurkan tangan antunna,

bersama keihklasan hati,

tanda tuluskan ikatan kita,

Sahabat,

ana tidak mengharap antunna insan sempurna,

kerna ana juga tidak sempurna,

ana tidak harap antunna sebagai pelindung ana,

ana hanya berharap agar antunna memberi sedikit semangat,

untuk ana berdiri tegak,

berani menempuh arus hidup,

yang makin ganas gelombangnya.

Sahabat,

genggamlah tangan ana andai antunna tidak mampu berdiri sendiri,

peluklah ana tika kesepian menemani antunna,

tangan ini tidak pernah kuat untuk memegang antunna,

tapi ana percaya keihklasan ana cukup teguh untuk menolong antunna,

ana memrlukan antunna,sepertimana antunna memerlukan ana.

Moga Allah meredhai ukhuwah fillah kita semua :)

Salam Mahabbah

~SA~

2 comments:

Full-time Musleem said...

Salam...
Terima kasih, sahabat...

" Dengan basmalah kita mulakan langkah,
Berpegang teguh dalam jemaah,
Menapak menuju Jannah,
Demi menggapaikan mardhatillah.. "

Always miss you, fillah...

Anonymous said...

salam kembali mutmainnah :)

AMEEN,Insya Allah!! ana sayang nti kerana NYA!! :)

Post a Comment