This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Friday, April 15, 2011

Harga Sehelai Tudung Labuh

Dia menangis tersedu dalam dakapanku.
"Walaupun ana salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".


ku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.


"Ana rasa ana ni macam jahat sangat, ana tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap ana". "Ana rasa macam semua orang tak suka ana, cakap buruk tentang ana kat belakang",

tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah ku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.


"Mereka kata macam-macam, ana ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh.Ana sedih akak....

Salah ke ana menegur kalau ana nampak mereka buat perkara tak betul? Memang ana akui ana agak tegas dan berterus terang, tapi ana bukan nak malukan mereka. Ana tahu ana tak sempurna, ana bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu ana tak tahu.


Mereka kata masa ana tak pakai tudung labuh dulu, ana tak macam ni", rintihnya lagi.


Ku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega.

Ku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.


"Anti menyesal ke pakai tudung labuh?", ana meneka. Dia hanya membisu.

Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Ku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya.

"Anti berputus asa nak menegur mereka lagi?", ana terus menduga.


"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya ana yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.


"Anti,....dengan nada yang lembut ku cuba untuk menusuk ke dalam hatinya,

mungkin Allah nak uji anti hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh itu senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak. Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kita kena kuat, kena tahan dengan cabaran.


Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana.

Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.


"Jangan pernah menyesal dengan diri anti dan tudung anti. Jangan kerana masalah sekecil ini, anti dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk anti. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada anti.

Sebelum ini anti, mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan.

Jadi, mungkin anti tak terkesan sangat dengan istimewanya diri anti sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya.


Bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah,membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita, selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama.


Jangan anggap ia sebagai beban, anggaplah ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih....


Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka?

Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah,

bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya?

Anti tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit ke?

Anti dah nak berputus asa ke?" ku menduga. Melihat dia terus membisu, ku bersuara lagi.


"Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah.


Jadi sekarang Allah nak ajar anti bukan teori saja, apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan.


Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang anti alami sekarang.


Jadi, anti jelaskan maksud akak tadi ? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara anti, Allah nak anti perbetulkan kaedah dakwah yang anti guna,


Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan.


Anti tau tak,kenapa Allah tegur anti dalam situasi begini,....Allah tegur, sebab Allah sayyaanngg kat antii..., Allah tegur sebab nak bagi anti kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat anti laksanakan dengan lebih berkesan.


Dan seperkara lagi,anti perlu ingat tau, bila berdakwah, kita akan berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan.

Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."


"Lagi, apa Allah nak bagitahu anti? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan?

Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni.


Bila kita lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap.

Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita"."Betul tak"?soal ana padanya.


"Anti, walaupun anti rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi, cuba anti lihat,ana tak nampak satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap anti. Semuanya ada hikmah yang sangat indah. Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit?

Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."


Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.


"Habis, apa ana kena buat?", tanyanya.

"Sekarang anti perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yang anti tak sedari, bersyukur padaNya sebab Dia telah menegur anti dengan ujian begini.


Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan anti tu dan minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku.


Dia menggenggam tanganku erat, "Terima kasih akak".

"Allah yang sedang memujuk anti, ana pelakon tambahan saja, tapi ana bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk ana hari ni.


Terima kasih ya Allah, terima kasih pada anti juga.


" Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama. Adikku,ingatlah, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.

Sekiranya ada sahabat-sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara. Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah.


Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita dan akak yakin, anti mampu melakukannya!!!

"mudah-mudahan dengan usaha adik yang sedikit itu,disusuli dengan niat yang ikhlas,Insya Allah,memperolehi rahmat dan barakah dari-Nya....Amiin..

1 comments:

Ave Ry said...

Subhanallah., nice share... Salam Ukhuwah ya Ukhti Fillah ^^

Post a Comment