This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Friday, December 3, 2010

Satu Kata,Hati,Aksi !!!

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah summa alhamdulillah...All praises to Allah..
Selesai sudah prog. XREK 2010 produce gen 6 kali ni . Ternyata tidak boleh digambarkan keseronokan suka dan duka sepanjang menjalani prog. ini..
Perancangan Allah itu HEBAT.!!!
subhanallah.masha Allah.Allahuakhbar!!!

Jika dilihat,sangat sukar dan payah untuk kita menjadi seorang remaja yang kental jiwa rohaninya.Tapi alhamdulillah,antum semua adalah insan yang telah dipilih oleh Allah untuk meneruskan dakwah dalam medan perjuangan ini .Biarlah ianya pahit di dunia,asalkan ianya manis di akhirat(jannah)kelak...

Dan dari sinilah,segalanya.bermula..

XREK 2010 di PD

Tidak mudah unutuk melancarkan prog.ini dengan sebaiknya...jika bukan kerana kerjasama yang telah diberikan oleh para peserta xrek sendiri.Sungguh padat aktiviti yang kami lalui,sehinggakan masa tidak mengizinkan sebahagian kumpulan menyertainya.Tidak mengapa mungkin ada hikmahnya...(ku redho dan sedia terima,yang tertulis di dalam kehendak Nya)....

Bermulanya dari aktiviti 'indoor' dan seterusnya ke aktiviti 'outdoor'...hamdalah,segalanya telah disusun oleh para fasi xrek sendiri dan segalanya terisi dengan pengisian rohani untuk diri ini.

fasi ikhwah..(sesi ta'aruf)


gabungan semua fasi...(gelombang keadilan)

Selain itu,slot rohani yang sangat bermakna buat kami ialah,slot bersama akh anuar(abg long).Di mana hal ini membicarakan tentang isu semasa remaja pada zaman sekarang yang sudah berleluasa dengan aktiviti sosialnya...na'uzubillah..(Ya Allah,peliharalah hati-hati kami para pemuda dan pemudi!!....)

Slot ~rohani~(brsm abg long)

Suara lantang dari abg long telah memecahkan kesunyian di dalam dewan...Siapakah lagi yang akan menjadi pemimpin untuk masa akan datang kalau bukan kita semua!!!!????

"Jadi,jomlah kita sama-sama menjadi remaja yang Soleh wa Musleh yang berani mara ke hadapan demi menyahut seruan ISLAM!!!"

Sungguh, perasaan kami rasa tercabar bila mendengarnya!!!............

Alhamdulillah, selesai sudah slot untuk kali ni...dan seterusnya..kami juga diuji dari sudut fizikal dan mental yang Mantap!!

Sebelum meneruskan langkah,ingin bertanya.....
Bukankah persediaan itu perlu????

Ya,persediaan itu perlu....ibaratnya seperti kita nak pergi berperang,semestinya kita memerlukan senjata,baju besi dan segala alat unutk berperang...serupa juga lah dengan prog. xrek kali ni...Sebelum kita memulakan langkah,kita perlu persiapkan fizikal,mental yang mantap dan paling penting ROHANI(keimanan) yang kuat.Sebab keimanan dan ketaqwaan kepada Allah itulah yang mendorong ke arah kekuatan pada diri..
para akhawat dengan aksinya(berakit)


pak cik.....mempersembahkan demonya..(abseiling)

Alhamdulillah,selesai sudah aksi-aksi remaja dalam mempersembahkan kebolehan mereka dalam aktiviti ini...

Pejam,celik,pejam,celik...

Akhirnya kami sudah tiba ke penghujung prog. xrek...Namun begitu,semangat kami tidak pernah luntur,kerana kami adalah Satu Kata,Satu Hati,Satu Aksi!!!......Insya Allah!!Dengan berpegang pada nasyid tema kami, 'gelombang keadilan' dan 'IKRAM'...kami merasakan seperti ada satu aura yang sedang membakar semangat kami untuk meneruskan perjuangan dalam menjadi remaja yang Soleh wa Musleh....!!!





lebih menarik kalau dapat lihat aksi gayanya....

Lagu tema kedua pula.....





hammasah,hammasah...takbir!! Allahuakhbar!!

Sebelum ana mengakhiri coretan ini,

Suka ana mengucapkan JZKK kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini,terutama kepada pengarah program : Akh Hafiz Bai

Dan para fasi ikhwah: akh long,akh naim,akh aiman, akh fahzan, akh duke, akh sulaim...

Manakala,para fasi akhawat : ukht yong,ukht mia,ukht nina.ukht alang....

Tak lupa juga kepada sahabat-sahabat (tautan hati) dri: ngr 9,ngr Kedah,ngr Perak,ngr KL,ngr Terengganu...dan lain-lain lagi..

Insya Allah akhir sekali,

ribuan terima kasih kepada kumpulan Hasan Al-Banna...yang telah banyak membantu dan memimpin diri ana ke arah kebaikan..Thanks a lot....aina,ainaa,anisah,jihan,sakeenah,huda,farhana,hazami,....(maaf kalau ada yg tertinggal).

Sebelum ana terlupa,jzkk juga kepada para pengiring:ukht hajar,akh asyraf,akh hasif...yang banyak membantu kami (team JOHOR)...

dan juga para peserta team Johor...Moga Allah meredhai antum semua...

Team Johor xrek 2010 gen6

Insya Allah,sama-samalah kita transfomasi diri ke arah yang lebih baik...dan praktikkanlah apa yang telah dipelajari dari xrek ini,mudah-mudahan dengan usaha yang sedikit,kita selitka rasa ikhlas,agar kita semua memperoleh rahmat dan barakah dari Allah...Insya Allah!!!

Mudah-mudahan juga,inilah wajah-wajah pemuda pemudi Islam yang akan membangkitkan semangat jihad di muka bumi ini,suatu hari nanti......insya Allah..ameen.!!

Barisan para mujahid

Barisan para mujahidah

Alhamdulillah rasanya,setakat ini sahaja coretan ana buat kali ni,'sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah,dan yang buruk itu datang dari Allah juga,tapi disandarkan pada kelemahan diri ana sendiri....


akhir kalam....

~kami.sentiasa.rasa.rindu.seronok.sayang.akan program ini~
Jom jadi remaja yang kental!!sentiasa rasional,kreatif dan inovatif..!!
Insya Allah..
salam mahabbah
~SA~

0 comments:

Post a Comment