This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Monday, June 7, 2010

Ijazah VS Risalah

Di suatu hari , kami sedang berhalaqah.....
Tiba-tiba......

"Ana ada satu soalan untuk antunna semua," Ukhti Zulaikha menghentikan sekejap ayatnya dan kemudian menyambung kembali, " kalau antunna dalam keadaan untuk memilih antara dakwah dan pelajaran yang mana kedua-duanya sangat penting. Apa pilihan antunna?"

Antara menyampaikan risalah dengan ijazah, yang mana menjadi pilihan? ana tergamam seketika memikirkan jawapan. Kalau hendak diberikan jawapan skema dan menyejukkan hati memanglah terlalu mudah.

Terus sahaja kita katakan, lakukan sahaja kedua-duanya. Tetapi sekadar kata tanpa perbauatan,ana rasakan itu amat tidak patut sekali. Terlalu mudah menyebut badan jadi binasa. Terlalu cepat mengambil keputusan, segala perkara serba tidak kena.

Seorang demi seorang ahli usrah ana yang lain menjawab, dan ana masih lagi merenung memikirkan jawapan. Mendengar jawapan daripada mereka semua memang semua sangat sesuai dengan apa yang mereka lakukan. Dan memang dirasakan jawapan itu datang daripada hati mereka.
Ana pula masih berfikir-fikir apakah jawapan yang patut diberikan.

Menyampaikan Risalah
Telah menjadi tanggungjawab bagi setiap orang muslim itu untuk mengajak ke arah kebaikan dan mencegah segala perkara yang tidak baik. Tidak kira walau apa jua keadaan, belajar atau bekerja atau menganggur atau berkahwin, tangggungjawab ini tetap mesti ditunaikan.

Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan. Dakwah sebetulnya bukanlah aktiviti dalam jemaah sahaja. Malah kalau kita berseorangan pun, dakwah tetap mesti dijalankan. Ya, meski kita tidak masuk mana-mana jemaah sekalipun.

Tetapi bagaimana cara berdakwah yang dianjurkan? Ada orang kata, "saya bukanlah tahu macam-macam. Apatah lagi nak kata alim."

Kita lihat kembali kepada ayat 'Amar Ma'aruf Nahi Mungkar'. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah keburukan. Kita berdakwah bukan untuk menunjukkan yang diri kita tahu tentang perkara tersebut tetapi adalah untuk mengajak ke arah kebaikan.

Dan biarlah kita berdakwah kerana kemahuan dalam diri untuk mengajak ke arah kebaikan. Bukannya sekadar untuk memberi tahu apa yang kita tahu. Apabila kemahuan dalam diri itulah yang menyuruh kita supaya menyampaikan risalah, maka dari situlah timbulnya istiqamah atau berterusan menyampaikan risalah.

Bukannya susah untuk mengajak orang berbuat sesuatu perkara. Kalau kita sudah boleh dia pergi makan, cuba kita ringankan mulut ajak solat berjemaah juga. Dan bukannya kita perlu menukar imej kita, teruskan dengan penampilan diri pun boleh juga. Dari situlah kita dapat kepuasan dalam berpesan-pesan.

Walaupun apa yang kita ajak itu ditolak, tetapi janganlah mengalah. Bukankah kadang-kadang kalau ajak makan pun kawan kita itu menolak? Berdakwah untuk 'memberi' bukannya unutk 'menerima'.

Soalnya adalah mahu atau tidak mahu.


Perlukah Masuk Mana-mana Jemaah?

"Ada ke patut si 'dia' tu kata ana tak nak menjalankan urusan agama. Kemudian dia salahkan ana belajar pula," Siti yang baru sahaja masuk ke bilik melepaskan buku-bukunya ke atas meja dengan suara yang marah-marah.

"Eh, sebab apa dia kata macam tu?" soal saya kehairanan.

"Sebabnya ana tak mahu usrah dia. Sebab paling utama sebab aku tak nak join jemaah dia. Ada ke patut sebab aku tak nak join jemaah sahaja dia terus dilabel antijemaah," jawabnya dalam nada suara yang masih marah.

"Erm. Itulah sebabnya kalau kita buat sesuatu perkara janganlah kita terlalu taksub, nanti semua perkara yang orang lain buat dan kita rasa tak kena, maka kita katakan dia salah," Ana cuba menenangkannya.

Sebenarnya, banyak cara untuk kita menyampaikan risalah. Kalau mahu lebih baik, apa yang kita belajar, itulah yang kita sampaikan. Tetapi kita masukkan unsur-unsur Islam.

Itu lebih baik ana rasakan.

Risalah dan Belajar

Pernah dulu seorang rakan ana yang suka menggunakan ilmu-ilmu sains yang dia belajar untuk dia jadikan satu bahan dalam tazkirahnya. Sangat seronok dan sangat menyenangkan. Kadang-kadang terasa seperti satu bentuk humor pula.

Antaranya yang masih ana ingat, "Hati kita ini seperti spring. Ada hadnya kenyalnya. Kalau terlalau diregangkan mungkin tidak boleh kembali kepada bentuk asal.

Begitulah dalam hidup kita......"

Lebih kurang begitulah antara ayat-ayat yang digunakan dalam tazkirahnya. Sangat menarik dan sangt berkesan. Menyampaikan risalah dengan belajar boleh disatukan !

Tetapi tidak ramai rasanya yang mampu melakukan demikian. Ada yang ingin belajar sahaja. Itu tidak mengapa. Ada yang ingin berdakwah sahaja, itu pun tidak menjadikna kesalahan bagi na kalau memnag itu yang dia inginkan.

Dan beginilah jawapan ana kepada naqibah ana, "Kita lihat apa keadaannya pada waktu itu. Lain keadaan maka lainlah jawapannya. Mungkin ana akan pilih 'ijazah' atau mugkin ana akan pilih 'risalah' . Dan mungkin juga ana akan pilih kedua-duanya. Ana perlu lihat di mana kemampuan ana pada masa itu. Dan mana yang lebih utama,"


APA PULA PILIHAN ANTUNNA ???


moga dapat semua isi yang nak dismpaikan..


0 comments:

Post a Comment