WASIAT
Wahai anak-anakku.Hendaknya berbaktilah kepada ibu.Wahai anak,syurgamu terletak di bawah tapak kaki ibu.Rasulullah SAW pernah bersabda anatra maksudnya:
Ada seorang datang bertanya kepada Rasulullah lalu bertanya;"Siapakah yang perlu kami utamakan selepas Allah dan Rasulnya?" Lalu baginda SAW menjawab: "ibumu".Kemudian dia bertanya lagi: "selepas itu?" Baginda SAW menjawab: "ibumu". Orang itu masih tidak puas hati,lalu ditanyai lagi: "Selepas itu?" Baginda SAW terus menjawab: "ibumu".....,kemudian bapamu"....., tiga kali perkataan ibu diulang-ulang,kemudian barulah perkataan ayah disebutkan oleh Rasulullah SAW.
Wahai anak-anakku,besar harapan ayah agar kau menjadi insan yang soleh lagi berguna kepada sekalian makhluk;di dunia dan juga di akhirat.
Wahai anak-anakku,jika ayah tiada,kaulah pemimpin keluarga ini,maka pimpinlah ia ke jalan keredhaan Allah SWT dan Rasul-Nya.Janganlah kau menjadi orang yang hina lagi menghinakan.Jauhilah perkara-perkara yang zalim dan menjadi zalim.
Wahai anak-anakku,mari ayah berikan perumpamaan:"Biarlah kita menjadi seumpama sepohon pokok kelapa yang menghadap di pantai.Kau diibaratkan kelapa tua itu.
Apabila kelapa itu sudah cukup tua,lau ia jatuh ke dalam laut.Lalu hanyut ke tengah samudera.Walaupun kau dilambung ombak,membelah pantai,menyusung puting beliung....namun jangan tinggalkan Tuhanmu!
Kemudian apabila kau terdampar di tepian pantai di tengah pulau asing bahkan tandus.Maka tumbuhlah kau sebagai sepohon kelapa yang subur.Llu memberikan manfaat kepada sekelian alam.Airmu boleh diminum,daunmu boleh dipergunakan orang,umbutmu dapat memberikan makanan dan kau juga memberikan waris insan cemerlang;insan soleh!
Wahai anak ketahuilah, saatnya akan tiba. Kau akan bergelendangan keseorang di muka bumi ini.Tanpa ayah,tanpa ibu.Oleh itu, jadilah insan yang terpimpin dengan AL-AQURAN dan SUNNAH RASULULLAH SAW sebagai pedoman.Jadilah seumpama pohon tadi.
0 comments:
Post a Comment