Hujan turun renyai-renyai. Namun langkah Safiyyah makin laju menuju ke blok Ibnu Khaldun. Sesekali matanya memandang jam di tangan. Masa hanya tinggal lagi 5 minit. Mesyuarat akan bermula sebentar lagi. Peluh mula membasahi dahi sekalipun keadaan di sekeliling dingin dengan hujan yang turun. Dia gusar kali ini dia akan dimarahi. Sekalipun ini baru pertama kali dia melakukan perkara sedemikin, dia masih gentar kerana selaku Timbalan Presiden sudah pasti dia perlu datang awal daripada anak-anak buahnya. Apa yang merungsingkannya lagi hari ini adalah mesyuarat bersama pimpinan ikhwah.
Dia sampai ke muka pintu Dewan Seroja tepat pukul 3.00 petang. Dengan segala kekuatan yang ada, dia buka pintu dewan. Semua mata tertumpu kepadanya. Dia terkaku untuk seketika. Dewan sudah dipenuhi oleh barisan pimpinan. Matanya liar memerhati barisan akhawat, ada satu kerusi kosong di bahagian hadapan, sudah pasti kerusi itu untuknya. Majlis masih belum bermula. Jadi, dengan lagak selambanya dan dengan muka yang bersahaja dia berjalan menuju ke tempat duduknya. Belum sahaja sempat dia melangkah….
“ Ustazah Safiyyah…boleh ana tahu kenapa ustazah lambat?” tiba-tiba ada suatu suara kedengaran di celah-celah orang ramai. Dewan sunyi sepi. Dia mengangkat muka yang sebentar tadi ditundukkan. Sudah dijangka, Presiden itu pasti akan menegurnya. Memang itulah kebiasaannya sekalipun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Arr….ana ada kerja sebentar tadi… tapi….ana rasa…” belum sempat Safiyyah meneruskan kata-kata….
“Oh..nampaknya timbalan ana ni ada hal yang lebih penting lagi selain program kita pada petang ini ya? Ana sudah muak untuk menerima alasan dari barisan anak buah ana. Ini yang ana tak suka buat kerja dengan akhawat, ada sahaja alasannya.
Aku mengetap bibir. Inilah perangai Hakim yang amat aku tidak suka. Acap kali bila ingin menegur kesalahan anak buah, mesti sahaja dikaitkan dengan akhawat. Itu tak kena, ini tak kena. Semuanya akhawat yang salah. Nampak sangat kerjasama dengan akhawat 0%.
Aku buat endah tak endah dengan kata-katanya. Memang aku punya alasan yang kukuh. Cuma dia sahaja yang tidak beri kesempatan kepadaku untuk meneruskan kata-kata. Tidak adil langsung. Aku duduk di tempat yang disediakan. Aku tahu ada sepasang mata yang masih memandanglu. Namun, aku buat biasa sahaja. Salah satu perangai aku, aku takkan pandang mata lelaki apabila bercakap. Tidak ada rasa untuk memandang sekalipun aku tahu sudah berkali-kali aku ditegur kerana bercakap tanpa memandang mata. Tapi itu prinsip aku.
5 minit kemudian majlis bermula. Saudara Rafiq menjadi pengerusi majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa kemudiannya kami bersama-sama menyanyikan lagu Gelombang Keadilan yang merupakan lagu tema Persatuan Dakwah ini. Majlis kemudiannya diserahkan kepada Hakim selaku Presiden untuk membentangkan gerak kerja program XPDC Dakwah yang bakal diadakan pada minggu hadapan.
Bismillahirahhamnirrahim…. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Rafiq selaku Pengerusi Majlis kita pada hari ini. Yang dihormati barisan kepimpinan dan juga rakan jihad yang amat ana kasihi sekalian. Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih lagi diberi kesempatan untuk duduk bersama dalam sebuah majlis dakwah untuk kita sama-sama mendengar apa yang telah diamanahkan oleh barisan kepimpinan atasan kepada kita. Jadi, ana harap apa yang akan cakapkan ini dapat diterima umum kerana ini bukan ketetapan ana tetapi ketetapan pihak koordinator perlaksana. Sekalipun ana Presiden, ana tetap harus wala' dengan apa yang pimpinan atasan tetapkan. Ana harap anak-anak buah ana juga turut begitu.
Rakan jihad yang amat ana kagumi sekalian,
Sepertimana yang kita tahu, kita akan menghadiri satu program yakni XPDC Dakwah yang akan diadakan di Hutan Lipur Bukit Hijau di Kedah. Program ini khas buat barisan jundi sekalian untuk kita sama-sama ditarbiyah dan digilap menjadi seorang jundi yang cintakan syahid. Jadi, untuk pengetahuan semua, program ini agak mencabar dan sudah pasti memerlukan persediaan mental dan fizikal yang mantap. Justeru itu, ana tidak mahu ada insan-insan yang lemah di dalam program ini kerana ia mungkin akan melunturkan semangat sahabat-sahabat lain yang gigih berprogram.
Taklif untuk program ini juga mencabar. Diharap semuanya dapat menghabiskan taklif ini sebelum program bermula. Ana difahamkan, jika ada di antara kita yang tidak dapat menghabiskan taklif, maka bukan dia seorang yang akan dikenakan hukuman, malahan kita semua akan menerima padahnya. Taklif program ialah hafal surah as-soff, al-hujurat, zikir 7 500x setiap satu, solat sunat setiap hari, baca al quran satu muka surat setiap hari dan puasa sunat hari program bermula.
Peralatan-peralatan yang harus dibawa ialah seluar track suit 2 termasuk yang dipakai, t-shirt 2 helai termasuk yang dipakai, tasbih, serban, al-quran, kasut sukan, mathurat. Semua barang ini harus diisi dalam sebuah beg galas. Jika ada sesiapa yang membawa lebih daripada apa yang ana nyatakan ini, akan hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja di akhir program kerana barang-barangnya akan dirampas.
Di sini ada satu berita yang agak mengejutkan dan hakikatnya ana senang dengan keputusan ini. Keputusan ini adalah muktamad dan tidak boleh di bawa berbincang lagi. Ingat, program ini bukan perancangan ana, tetapi perancangan kepimpinan yang terdahulu. Semalam, ana dipanggil oleh barisan pimpinan dan selama 5 jam kami berbincang, kami sudah membuat keputusan bahawasanya kami tidak akan membenarkan akhawat mengikuti program ini. Ana juga merasakan tidak perlu barisan akhawat mengikuti program kali ini. Ana diberitahu bahawa program ini benar-benar mencabar dan mungkin akan ada akhawat yang tidak mampu meneruskan program. Jadi, ana tidak mahu kelemahan akhawat itu mengganggu barisan kepimpinan yang lain kerana sepenuh perhatian harus diberikan dalam program ini supaya visi dan misi program ini tercapai. Barisan ikhwah tidak mahu bertangggungjawab kerana kami ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap program. Harap maklum. Wassalam…
Dewan tiba-tiba menjadi gamat. Apa? Akhawat tidak dibenarkan ikut bersama. Tersirap darahku. Sungguh tidak adil. Alasan yang diberikan membuatkan aku benar-benar marah dan dia begitu bersahaja menyatakannya. Langsung tidak ada rasa simpati terhadap barisan akhawat yang begitu bersemangat ingin turun bersama. Aku memandang ke arah Hakim. Dia membalas pandanganku dan hanya menggangguk tanda keputusan itu adalah muktamad. Aku mengetap bibir tanda tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Beberapa orang akhawat sudah menunjukkan reaksi tidak puas hati. Aku hanya mampu menyabarkan mereka sedangkan diri aku lagi parah lukanya menerima keputusan ini.
Saudara Rafiq bangun untuk meredakan majlis. Dewan masih lagi gamat. Dia terhenti bercakap untuk seketika. Dia menuju ke arah Ehsan. Setelah beberapa ketika dia kembali bercakap dan kemudiannya kedengaran namaku dipanggil. Aku diminta untuk berucap. Apa yang hendak aku katakan? Aku memandang ke arah barisan kepimpinan akhawat. Mereka menggangguk tanda memberi sokongan kepadaku, malahan ada juga usapan lembut di belakangku. Aku tunduk untuk seketika dan menarik nafas sedalam yang mampu. Aku bangun dengan perlahan-lahan. Dewan menjadi sepi untuk seketika. Aku rasakan aku mencuri tumpuan semua orang.
Bismillahirrahmanirrahim…. Terima kasih ana ucapkan buat saudara pengerusi majlis, Yang Dihormati barisan kepimpinan sahabat juang yang amat ana kagumi sekalian. Semoga semangat juang para sahabat dalam menegakkan Islam mengalir ke dalam jasad kita. Ingat, kita berjuang kerana Allah, maka setiap derap langkah kita haruslah ikhlas semata-mata kerana Allah.
Tiada apa yang ingin ana bicarakan. Kelu lidah ini untuk berkata-kata. Keputusan tadi benar-benar membuatkan darah ana tersirap. Terasa tidak adil apabila barisan akhawat diperkecilkan begitu sahaja. Jadi, ana tidak kisah. Ikutlah… andai itu yang terbaik, ana terima. Cuma satu yang akan ana katakan, janganlah kita memandang rendah terhadap akhawat yang ingin berjuang. Kita tidak tahu apa yang ada di dalam setiap hati manusia. Barangkali dia lebih ikhlas berjuang daripada kita.
Barisan akhawat yang amat ana sayangi sekalian,
Usah kalian risau. Perjuangan kita masih panjang. Tidak semestinya apabila kita tidak menempatkan diri di dalam program ini, semangat juang kita akan terhenti begitu sahaja. Ingat, kita bukan berjuang kerana adanya barisan ikhwah, tapi kita berjuang kerana Allah ada bersama. Setiap derap langkah kita bukan untuk kepimpinan ikhwah yang gah dipandang, yang hebat dicanang, tetapi…derap langkah kita untuk gapai redha-Nya semata, biar tidak gah di dunia, tetapi kita gah di akhirat sana.
Buat barisan kepimpinan ikhwah,
Selamat berprogram dan selamat berjuang. Moga-moga tanpa kehadiran akhawat yang begitu melecehkan, kalian dapat berjuang dengan hati yang berbunga jihad. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap program. Bak kata presiden kita, agar visi dan misi terlaksana. Apa-apa pun, jika ikhwah merasakan tidak perlunya akhawat lagi, teruskanlah perjuangan kalian tanpa ada barisan akhawat yang akan membantu gerak kerja sekalian. Salam jihad dari ana… wassalam….
Usai aku berucap, aku terus meminta izin untuk keluar. Aku keluar dari dewan tanpa menghiraukan sesiapun. Aku tahu, nama aku dipanggil berkali-kali. Namun aku biarkan sahaja. Aku hayun langkah ini menuju ke masjid. Sedih hati ini bukan kepalang. Sudah berkali-kali Hakim membuat perangai begini. Akhawat diperlecehkan. Kami dikatakan tidak ada semangat jihad. Kami dikatakan akhawat yang hanya mengundang fitnah kepada ikhwah. Aduh…sakitnya hati ini. Bukankah ikhwah sepatutnya menyelamatkan akhawatnya? Membantu dari belakang…. Argh…biarkan sahaja dia dengan dunia dia….
*****
Setahun telah berlalu. Hakim Fahmi kini bergelar seorang peguam syariah termuda di negeri kelahirannya, Kelantan. Safiyyah membawa diri entah ke mana. Tiada siapa yang tahu ke mana dia menghilang. Ehsan ada juga cuba-cuba mencari ke mana mutiara dakwah itu menghilang. Selepas peristiwa di dewan itu, Safiyyah sudah lesap dari pandangan. Sebenarnya program XPDC Dakwah itu adalah program terakhir mereka di universiti kerana masing-masing sudah di semester akhir dan akan keluar tidak lama lagi. Rasa bersalah menerpa ke dalam diri Hakim kerana sebagai Presiden dia langsung tidak mengambil kisah hal akhawat hinggakan dia sanggup tidak membenarkan barisan akhawat ikut serta dalam program XPDC Dakwah itu.
Sejak peristiwa itu, dia terkesan dengan kata-kata Safiyyah, dia sedar Safiyyah begitu marah kepadanya, mana tidaknya, Safiyyah adalah timbalannya, namun seringkali dia memperlekehkan barisan akhawat. Dia ada perancangan ingin berjumpa Safiyyah setelas peristiwa itu. Namun, Safiyyah seakan-akan ingin melarikan diri daripanya. Hari terakhir dia melihat kelibat gadis itu hanya pada hari konvokesyen mereka. Setelah itu…Safiyyah menghilang tanpa khabar berita. Dia kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan Safiyyah untuk kali terakhir. Sebenarnya ada benda yang ingin dia utarakan….
Hari ini merupakan reunion barisan kepimpinan tahun 2008~2010. Hakim begitu semangat ingin turut serta. Dia tidak sabar untuk bertemu dengan seseorang. Tidak lain tidak bukan, mutiara dakwah yang telah membuatkan hidupnya resah, Safiyyah. Dia rasa bersalah yang teramat sangat dengan apa yang telah dia lakukan. Dia berazam, hari ini dia akan luahkan apa yang tersurat di dalam hatinya selama ini.
Hakim sudah sampai ke Radix Chicken House. Tidak ramai barisan kepimpinan yang hadir. Dia tersenyum tatkala memandang sahabat-sahabatnya yang kini sudah berumah tangga. Baitul dakwah telah terbina. Rafiq melambai-lambai tangan ke arahnya. Hakim segera menuju ke arah Rafiq. Mereka berpelukan dan bertanya khabar. Rafiq baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Fatimah. Fatimah merupakan salah seorang daripada barisan kepimpinan akhawat. Tidak sangka pula mereka bertemu jodoh.
“Fiq…minta maaf la, ana tak pergi kenduri enta ritu. Ana ada kes la hari tu…”
“Oh…tak pa la, ana faham…orang hebat sekarang ni…”
“Eh mana ada…hai, sejak bila pula melekat dengan si Fatimah ya? Ana tak tau pun….”
“Lama dah ana suka kat dia… dah sekian lama ana tanam impian nak miliki akhawat kita supaya senang nak berjuang bersama… cumanya kan enta dok provokasi kami supaya tak payah percaya kat akhawat ni. Ana kesian la pula. Tambah-tambah si Safiyyah tu…”
Hakim hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala mengenangkan sikapnya yang begitu menjengkelkan. Tidak ada rasa belas kasihan langsung terhadap barisan akhawat. Hakim terpegun mendengar nama Safiyyah. Matanya liar mencari kelibat Safiyyah. Hampa. Tidak ada pun. Dia tak datang ka?
“Hai…nta cari sapa Hakim? Safiyyah ya?”
“Eh…mana ada…”
“Tu la…. Dulu ada depan mata, nta kata macam-macam. Tapi dalam hati bukan main lagi. Tak yah la nta cari dia. Dia dah tak da kat sini….”
“Ha…dia pergi mana Fiq?”
“Eh…tadi nta kata tak teringat kat dia…”
“Jawab la soalan ana ni dulu…”
“Nampaknya…Cik Hakim kita ni ada hati dengan Safiyyah..”
“Fiq….”
“Ok… baik… Safiyyah dah pergi jauh dari sini…”
“Dia pergi mana? Mana nta tahu ni…?”
“Ana tahu la..zaujah ana kan kawan baik si Safiyyah tu. Selalu juga mereka berhubung melalui email..”
“Oh…ya la…ana lupa Fatimah ngan Safiyyah tu sahabat baik… Fiq, dia pergi mana ya?”
“Hm…lepas peristiwa kat dewan ritu, Safiyyah benar-benar berjauh hati. Dia rasakan semangat jihadnya dipermainkan. Dia rasakan dia dipandang hina… lantas dia mengambil keputusan untuk buktikan bahawa dia begitu mencintai syahid. Selepas tamat kuliah perubatan, dia terus mohon untuk jadi doktor di Palestin dengan harapan dia akan gugur syahid di sana. Hakim…nta benar-benar mencabar semangat jihad seorang gadis yang bernama Safiyyah…!”
Hakim tergamam. Ya Allah, berdosanya dia kerana telah menghampakan harapan seorang mujahidah yang benar-benar cintakan syahid. Hinanya aku ini Ya Allah. Aku hebat bercakap mengenai jihad, akhirnya aku berjihad hanya di sebalik sebuah bangunan mahkamah. Tidak ke mana-mana roh jihadku itu. Setelah agak lama aku bersembang dengan Rafiq, dia hulurkan alamat email Safiyyah itupun setelah berjaya memujuk Fatimah supaya membenarkan Hakim menebus kesalahannya.
Hakim serik. Dia akan pegang janjinya kepada Fatimah supaya tidak lagi memperlekehkan semangat jihad sahabatnya. Aku akan kotakan janji ku itu. Aku turut membawa satu harapan yang tulus suci. Aku ingin melamar Safiyyah menjadi sayap kiri perjuanganku.
Malam itu… setelah dia selesai menunaikan solat sunat hajat dia duduk menghadap laptop. Ehsan tekad. Malam ini akan dia luahkan segalanya pada Safiyyah. Dia yakin bahawa Safiyyah adalah gadis yang akan bersamanya menelusuri baitul dakwah ini. Tangannya rancak melarikan pena penuh pengharapan buat seorang gadis yang cintakan syahid…..
From : hakim_fahmi@yahoo.com
Assalamualaikum….
Ukhtuki fil aqidah…
Salam buatmu Safiyyah, pejuang agama yang begitu syahid. Mungkin kehadiran email ini benar-benar mengejutkan nti. Masih ingat siapa ana? Ana rasa sudah pasti nti sudah lupakan ana. Ana Hakim Fahmi, Presiden nti dulu. Ingat? Apa khabar mujahidah dakwah ini? Menghilang tanpa khabar berita membuatkan ana hairan dan pelik. Ke mana perginya Safiyyah?
Ana dapat email nti dari Fatimah. Pertamanya…Safiyyah, maafkan ana kerana ana telah memperlekehkan semangat jihad nti. Ana hanya memandang luaran seorang wanita yang ana rasakan begitu lemah dan hanya menyusahkan barisan ikhwah untuk menjaga kalian. Ana silap…rupa-rupanya di sebalik kelembutan seorang wanita yang bernama Safiyyah, ada semangat jihad yang mengalir di setiap detik nafasnya.
Jujur ana katakan, kelu lidah ini tatkala mendengar berita bahawa nti sedang berjuang di Palestina. Allah..hinanya ana kerana suatu ketika dahulu analah yang paling hebat berbicara. Ana rasakan ana begitu hebat. Namun kini, ana hanya mampu menegakkan keadilan bagi insan-insan yang berkunjung ke mahkamah. Hanya itu yang mampu ana jihadkan. Sikitnya pahala jihad ini berbanding dengan nti….
Untuk pengetahun nti, setelah peristiwa di dewan tempoh hari, ana benar-benar rasa bersalah yang teramat sangat…. Ana cuba untuk mencari nti. Tapi ana rasakan nti cuba melarikan diri daripada ana. Reunion tempoh hari, ana berkobar-kobar untuk pergi kerna ana yakin nti akan turut hadir bersama. Malangnya nti tidak hadir… dari situlah ana ketahui ke mana nti menghilang…
Safiyyah, sebenarnya dari mula detik kita bekerjasama sebagai Presiden dan Timbalan Presiden, sudah terdetik di hati ini, menanam impian akan memiliki seorang insan yang bernama Safiyyah. Namun, ana cuba menepis gelodak perasaan ini dengan sengaja memperlekehkan nti. Sedangkan di dalam hati ini begitu menyukai peribadi nti. Maafkan ana kerana telah melukakan hati nti selama ini.
Di sini, ana membawa suatu harapan yang tulus suci. Setelah sekian lama ana pendam, hari ini ana tekad nyatakan. Malam ini, ana Hakim Fahmi bin Muzakir ingin melamar Safiyyah Hanisa binti Ismail sebagai sayap kiri perjuangan ana, kiranya sudilah nti menerima ana yang tidak seberapa ini. Ana ingin kita bersama menelusuri baitul dakwah ini agar bisa kita melestari sebuah daulah jua khilafah islamiyyah…
Salam jihad dari ana…
Hakim Fahmi
2 Januari 2011
10.45 pm
*****
Malam itu sungguh syahdu sekali. Hari ini sudah hampir 3 kali Safiyyah mengalirkan air mata. Mana tidaknya, seawal pagi tadi dia sudah menerima pesakit. Tragisnya keadaan pesakit itu. Seorang bayi yang perutnya berlubang dek peluru yahudi laknatullah. Bayi tersebut sudah tidak bernyawa lagi tatkala sampai kepadanya. Dia pangku bayi tersebut lantas dia mencium pipi mulus bayi tersebut. Sungguh wangi bau bayi ini. Adakah ini yang dinamakan haruman kasturi buat pejuang yang syahid? Air mata Safiyyah gugur jua.
Sepanjang berada di sini, hatinya begitu terpaut untuk terus di sini. Berjuang dan terus berjuang bersama anak-anak Palestina ini. Pernah sekali dia dibawa untuk melawat kem yang dipenuhi dengan kanak-kanak yang gigih berlatih memegang senjata. Air matanya gugur jua tatkala memandang kanak-kanak tersebut. Begitu mendalam semangat jihad mereka membela al-quds tercinta. Alangkah indahnya andai anak-anak bangsaku di Malaysia punya semangat begini.
Sudah lama dia meninggalkan Malaysia. Apa khabar Malaysia hari ini? Ingat lagi tatkala saat dia ingin meninggalkan Malaysia, ibunya memeluk erat. Tangisan ibunya begitu kuat sekali. Masakan hati seorang ibu tidak sedih membiarkan anaknya mencurah tenaga di bumi Palestina. Silap-silap nyawanya akan turut melayang. Namun, ibunya mengerti hati Safiyyah yang terlalu mencintai syahid. Ayahnya juga turut menitiskan air mata. Ayahnya sudah pasti sedih ingin melepaskan anak gadisnya berjuang di bumi yang penuh mehnah.
Safiyyah begitu keletihan hari ini. Dia melangkah longlai menuju ke katil. Baru sebentar tadi dia mendirikan solat Isyak penuh khusyuk dan tawadhuk. Sesekali kedengaran bunyi bom di sana sini. Itu sudah lumrah. Safiyyah sudah terbiasa dengan keadaan ini. Tidak ada lagi rasa gentar di hatinya kerana impiannya hanya satu, syahid fisabilillah. Safiyyah teringat akan ibunya. Dia mengambil laptop dengan niat ingin menghantar email buat ibu yang tercinta. Niatnya terbantut tatkala memandang satu email di inbox. Alamat email itu agak asing bagi dirinya. Dia membuka dan membacanya…..
Safiyyah terkejut. Dia membacanya berulang kali. Adakah ini mimpi? Kenapa baru sangat ini kau muncul Hakim? Setelah sekian lama aku tunggu? Safiyyah tersandar di bahu katil. Ya Allah…ujian apakah ini. Setelah agak lama dia menenangkan diri. Dia bingkas bangun menuju ke jendela. Dia pandang ke sekeliling, memandang panorama Palestina tercinta. Akhirnya dia tersenyum..dia sudah ada jawapan. Lantas dia segera menuju ke katil, melarikan pena mencoretkan sesuatu….
To : hakim_fahmi@yahoo.com
Salam ku utus buatmu rakan jihadku dari bumi Palestina tercinta. Jujur ana katakan, ana agak terkejut menerima email dari nta. Setelah agak lama kita tak bersua, kehadiran email membuatkan hati ana berbolak balik. Tika ini ana baru pulang dari hospital dan baru sahaja menghayati panorama malam bumi Palestina tercinta.
Hakim Fahmi…setelah sekian lama, kini baru nta muncul. Lihatlah betapa egonya diri nta. Buat pengetahuanmu Hakim, diri ini juga telah lama jatuh hati pada peribadimu. Ana kagum melihat semangat jihadmu. Ana senantiasa berdoa agar Allah kurniakan nta buat ana supaya dapat bersama-sama kita mengharungi perjalanan dakwah ini bersama. Namun, setelah peristiwa di dewan….hati ana begitu terguris dengan kata-kata nta. Aduh….adakah salah semangat jihad ana ini? Tak pa…ana abaikan…
Ana tidak mahu berjumpa dengan nta setelah peristiwa itu kerana ana rasa malu sangat. Ana rasakan ana tidak layak memiliki semangat jihad itu. Lantas tertanam satu keazaman dalam diri ana, ana akan buktikan cinta ana terhadap perjuangan Islam melebihi segala-galanya. Tika membaca kiriman email ini, ana ingin katakan “ YA..” ana ingin menjadi sayap kiri perjuangan nta.
Namun…ana bangun dan berfikir untuk seketika sebelum mengemukakan jawapan. Ana duduk di jendela, memandang bumi Palestina ini. Di kejauhan kedengaran bunyi letupan di sana sini. Ana tersenyum. Ana sudah temui jawapan. Maafkan ana Hakim Fahmi. Suatu ketika dahulu, ya..ana akui, ana punya perasaan pada nta. Namun, sejak kali pertama ana jejakkan kaki di sini, tidak ada apa yang ana runsingkan lagi. Setiap hari yang meniti di dalam doa ana ialah mati syahid sahaja…
Buat Hakim Fahmi, ana tidak dapat menerima lamaran nta. Izinkan ana menjadi wanita yang begitu mencintai syahid. Ana sudah tekad, diri ini hanya untuk Islam semata. Carilah gadis lain yang bakal bersamamu menelusuri baitul dakwah yang ingin nta bina. Ana bukanlah gadis yang dicari kerana ana sudahpun berkahwin dengan kematian. Kematian di bumi Palestina ini. Untuk pengetahuan, ana sudah mendaftar diri sebagai barisan pejuang akhawat yang akan menyerang tebing barat, Gaza pada Selasa ini. Restu ibu dan ayah sudah ana pohon. Petunjuk dari Ilahi sudah ana pohon. Jadi…bersiap sedialah ana untuk gapai cita-cita ana, mati syahid sebagai mujahidah pembela agama!
Salam juang dari ana…
Safiyyah Hanisah
Bumi Palestina
3 Januari 2011
9.35 pm
*****
Hakim Fahmi seakan-akan tidak mempercayai apa yang dibacanya. Masyaallah…. Inilah insan yang aku perlekeh suatu ketika dahulu. Semangat jihadnya tiada tolok bandingnya. Maafkan aku Ya Allah kerana memperlakukannya sedemikian rupa…
Hakim duduk berteleku di atas sejadah. Dia menyesal dengan perbuatannya selama ini… hinga sungguh dirinya…
“Ya Allah… kini aku sedar hakikat jihad yang sebenarnya. Tidak sepatutnya aku memandang hina terhadap insan lain yang begitu mencintai syahid. Aku tidak menyangka seorang gadis yang aku sangkakan lemah rupanya kuat semangat jihadnya hinggakan sanggup menginfakkan dirinya untuk Islam semata. Moga dia ketemu syahid Ya Allah…kerna itulah impiannya dari dulu lagi. Perkenankan doaku Ya Allah…”
Katakanlah: "tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali salah satu dari dua kebaikan[646]. Dan Kami menunggu-nunggu bagi kamu bahwa Allah akan menimpakan kepadamu azab (yang besar) dari sisi-Nya. Sebab itu tunggulah, sesungguhnya kami menunggu-nunggu bersamamu."
~at taubah : 52~
Subhanallah,bestnya perwatakan yg dibawa oleh safiyyah tu kan??sungguh kuat semangat jihadnya,tak pernah putus asa,malah dia berusaha dan terus berusaha untuk mengimpikan mati syahidnya di jalan Allah.Mudah-mudahan remaja diluar sana,ikhwah dan akhawat dapat mencontohi peribadi serikandi safiyyah,yang berpegang teguh dengan azam dan impiannya.
~selamat beramal ^^v~