seakan bintangberguguran jatuh
This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!
seakan bintang
Teman,"Perjuangan bukan mengukur kekuatan,bukan juga pentas mempamer kebijaksanaan,Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati,dalam menyebar risalah nabi,mengembang ISLAM di muka bumi."Temanku,Kau tidak bodoh andai engkau gagal selepas berusaha,Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,Jika kau redha, sabar dan terus berusaha,Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,Tiada nilaian pahala dari-Nya,Malah kau pula menanggung dosa,Lantaran kau sia-siakan amanah berharga..Temanku,Bangkitlah dari lenamu yang panjang.Dan tidak pernah berkesudahan,Sekali kau terjatuh,Jangan kau biarkan dirimu jatuh selamanya,Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,Dan mara berlari kencang,Mencipta taufan..Berjuanglah temanku,Tanpa mengenal penat dan jemu,Biar hidup kita derita dengan usaha,Kelak kita akan dimulia,Jika tidak di dunia,
Nun di SYURGA…"Moga Allah satukan hati-hati kita di bawah naungan Syurga Firdausi"salam mahabbah dari:~Sumayyah Ansarullah~
"Sahabatku..
Maaf andai ana tak mampu menjadi sahabat yang baik buat antunna.
Maaf andai ana sering meninggalkan antunna sendirian, terkapai-kapai di belakang.
Maaf andai ana tak dapat bersama antunna untuk berkongsi suka dan duka.
Maaf andai ana tak mampu meluruskan antunna tatkala bengkok.
Maaf andai ana tak mampu menguatkan antunna tatkala lemah.
Maaf andai ana tak mampu nak mengutuhkan tatkala antunna runtuh.
Maaf andai ana tak mampu menghulurkan tangan untuk mengangkat antunna tatkala terjatuh.
Maaf andai ana membuatkan antunna terasa terasing. Maaf andai ana gagal memimpin antunna untuk kita sama-sama ke syurga..
Maafkan ana, sahabat..
Maafkan Duhai sahabat dan teman,
Moga hati ini terus tertaut atas dasar iman,
Indahnya ukhuwwah yang kita jalinkan,
Perbezaan tidak sekali menjadi halangan,
Menggenggam tangan bergerak seiringan,
Melangkah bersama di satu perjuangan, Demi meraih cinta Tuhan.
Ana sayang antunna kerana-NYA.."